This is an archived site. Visit the current website at bookcouncil.sg.

Panel Puisi

Rasiah Halil

Rasiah Halil (Ketua Pengadil)

Rasiah Halil merupakan seorang penyair, penulis, penterjemah dan pendidik. Diterbitkan sejak 1972, karya-karya Rasiah mendalami isu-isu sosial dan kemanusiaan. Selain lima buku persendiriannya, tulisannya boleh juga ditemui dalam sejumlah antologi. Sejak 1983, karya-karya Rasiah telah diberi beberapa hadiah, termasuk Anugerah Tun Seri Lanang pada 2017. 

Rasiah Halil (Chief Judge)

Rasiah Halil is a poet, writer, translator, and educator. Published since 1972, Rasiah’s works dwell largely on social and humanitarian issues. Besides her five books, her works can also be found in various compilations. Since 1983, Rasiah’s works have received various awards, including the Tun Seri Lanang Award in 2017.

Dr Kartini Anwar

Dr Kartini Anwar

Dr Kartini Anwar bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang. Beliau banyak membentangkan kertas persidangan tentang kesusasteraan dan di antaranya telah diterbitkan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Kartini juga terlibat dengan tugas penyuntingan dan menjadi anggota panel juri untuk beberapa anugerah persuratan.

Dr Kartini Anwar

Dr Kartini Anwar is a lecturer in the Malay Language Division of the Asian Languages & Cultures Academic Group, National Institute of Education (NIE), Nanyang Technological University (NTU). She has presented a number of academic papers at regional and international conferences and is also involved in academic and literary editorial works and judging panels of a number of literary awards.

S.M. Zakir

S.M. Zakir

Syed Mohd Zakir bin Syed Othman atau S.M. Zakir, telah menerima puluhan anugerah sastera kebangsaan termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori Buku 1994/95 dan 2010/11, Hadiah Sastera MASTERA 2012 dan Anugerah Buku Negara 2018. Menerima Anugerah Sasterawan Muda MASTERA 2010 dari Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dan Anugerah S.E.A Write Award 2011 dari S.E.A Write Council di Bangkok, Thailand.

S.M. Zakir

S.M. Zakir has received dozens of literary awards and prizes, including the Malaysian Premier Literary Prizes 1994/95 and 2010/11 and the Southeast Asia Malay Literary Prize (MASTERA). He was awarded the MASTERA (Literary Council of Southeast) in 2010 and the S.E.A. Write Award (S.E.A. Write Award Council) in 2011, and earned much acclaim for his books.