Panel Bukan fiksyen kreatif

Dr Aishah binte Mohamad Kassim (Ketua Pengadil)
Dr Aishah Mohamad Kassim ialah konvenor dan pensyarah Bahasa Melayu di Pusat Pengajian Bahasa (Centre for Language Studies), Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau berpengalaman mengajar Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan bahasa asing di NUS. Beliau giat dalam penyelidikan pedagogi dan penguasaan bahasa, sosio-linguistik bahasa dan pendidikan. Dr Aishah memperoleh Ijazah Doktor Pendidikan (EdD) dari Universiti Western Australia (UWA) setelah selesai penyelidikan dalam pendidikan Bahasa Melayu.
Dr Aishah binte Mohamad Kassim (Chief Judge)
Dr Aishah Mohamad Kassim is Convenor and Lecturer at the Centre for Language Studies (CLS), Faculty of Arts and Social Sciences (FASS) at the National University of Singapore (NUS). She teaches Malay Language as a foreign language at NUS. She is active in pedagogical research and has interest in socio-linguistics, language, and education.

Anwar Ridhwan
Anwar Ridhwan ialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke-10. Beliau mempunyai banyak pencapaian seperti menghasilkan beberapa novel, cerpen, drama pentas, kumpulan puisi dan sejumlah buku lagi tentang bahasa, sastera dan budaya. Karya-karyanya telah diterjemahkan ke dalam lebih 16 bahasa asing. Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia.
Anwar Ridhwan
Anwar Ridhwan is Malaysia’s 10th National Laureate. He has authored numerous novels, short story and poetry collections, plays, and on language, literature, and culture. His works have been translated into 16 foreign languages. He is a senior lecturer in the Faculty of Creative Writing and Film, National Academy of Arts, Culture and Heritage (ASWARA) Malaysia.

A/P Dr Lim Beng Soon
Profesor Madya Dr Lim Beng Soon merupakan Ketua Jabatan Bahasa dan Sastera Melayu di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura. Bidang kajian utama beliau termasuk Pragmatik, terutamanya kesantunan Melayu dan Inggeris dan wacana pertuturan, Penterjemahan dan Linguistik Terapan. Sebelum menyertai SUSS, beliau bertugas sebagai Professor Madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik di Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar Bahasa di Pusat Serantau Organisasi Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO RELC) di Singapura. Dr Lim merupakan ahli Jawatankuasa eksekutif Persatuan Linguistik Terapan Singapura.
A/P Dr Lim Beng Soon
Associate Professor Dr Lim Beng Soon is the Head of Malay Language and Literature at the Singapore University of Social Sciences. He served for several years as language specialist to the South East Asian Ministers of Education Organisation’s Regional Language Centre (SEAMEO RELC) in Singapore. He sits on the editorial board of the RELC Journal, the Malay Resource Panel of The National Translation Committee, and the Singapore Association for Applied Linguistics.