This is an archived site. Visit the current website at bookcouncil.sg.

Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan merupakan usaha berterusan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) dalam mengiktiraf para penulis yang bergiat dalam seni persuratan. MBMS telah menganjurkan acara dwitahunan ini sejak tahun 1993. Selain pengiktirafan, Anugerah ini juga meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu, menggalakkan penerbitan karya yang bermutu dan memasyarakatkan bidang persuratan.

English

ap21-banner.jpg

Anugerah Persuratan 2020/2021

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah Persuratan 2020/2021 atas kemenangan mereka

Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada majlis berprestij ini yang memberikan pengiktirafan tertinggi kepada para penulis tempatan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan kami mengajak anda untuk meraikan kemenangan mereka bersama kami.

Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang! 

Muat turun Majalah Anugerah Persuratan 2020/2021 di bawah sini!

Majalah Anugerah Persuratan

Kenang kembali detik-detik istimewa di Majlis Anugerah Persuratan 2020/2021 di bawah:

Majlis Anugerah Persuratan 2020/2021

penerima ANUGERAH TUN SRI LANANG

Hamed IsmailHamed Ismail
Hamed Ismail merupakan mantan Penyelia Kanan Skrip TV Eaglevision, Mediacorp. Beliau masih berkhidmat selaku Penasihat Skrip Drama TV. Beliau telah menghasilkan skrip drama radio, drama pentas, dan puluhan skrip drama TV serta menulis puisi, cerpen dan esei. Kumpulan puisi beliau yang berjudul Suara Dalam terpilih dalam senarai pendek untuk Hadiah Sastera Singapura (2014). Novel beliau berjudul Bunga Tanjong telah memenangi Hadiah Merit, Hadiah Sastera Singapura (2018). Antologi puisi Tafsiran Tiga Alam karya bersama Samsudin Said dan Hartinah Ahmad telah memenangi Hadiah Persuratan (2017) dan Hadiah Sastera Singapura (2016). Beliau juga telah memenangi Hadiah Pena Emas (puisi dan cerpen) dan Hadiah Persuratan (untuk skrip teater, skrip drama televisyen dan cerpen). 

penerima ANUMERTA TUN SRI LANANG

Zaidy NandirZaidy Nandir
Almarhum Zaidy Nandir ialah seorang insan yang berbakat dalam bidang muzik dan penulisan lirik. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang berdedikasi, Almarhum mencurahkan tenaga mendidik anak muridnya. Kesungguhan dan bakatnnya terserlah dalam bidang Dikir Barat yang  mana Almarhum telah pun menghasilkan lebih 200 naskhah, membimbing para pendikir setempat dan menjadi inspirasi buat semua. Selain itu, Almarhum juga aktif dalam kegiatan pengakap. Ramai yang masih mengingati dan merindui beliau sebagai seorang insan yang baik hati, cerdik, jujur, pemurah dan tidak lokek ilmu.

pemenang HADIAH PERSURATAN DAN KARYA-KARYA 
GOD(A) Book cover

CERPEN: GOD(A) oleh Jamal Ismail
Penerbit: Unggun Creative, 2018
GOD(A), kumpulan 10 buah cerpen yang pasti akan menggoda pembaca dengan cerita-cerita kehidupan luar biasa watak-watak istimewa diraih dari pengalaman penulis yang cekap menganyam realisma magis ke dalam kisah-kisah biasa. Seorang penjaga masjid telah diamanahkan untuk memastikan bahawa kolam wuduk masjid tidak disalahguna sebagai tempat mandi awam. Seorang lelaki remaja, teruja untuk perjalanan ke Ipoh, menyertai Peraduan Tilawah Al-Quran pada tahun 1965, terpaksa menerima hakikat mengapa perjalanannya terpaksa dibatalkan. Ujian seorang pemimpin agama yang dituduh mencetak wang palsu oleh seorang pegawai muda British. Cerita-cerita ini dan lain-lain, yang ditulis oleh seorang mantan pengarah dan penerbit televisyen adalah isu-isu asas lagi penting menyentuh kehidupan orang-orang Islam/Muslim mengenai keyakinan dan keabdian mereka kepada Tuhan.

Beli Buku

Jamal Ismail

Jamal Ismail , meneroka pelbagai genre penulisan, termasuk teater, radio dan skrip TV, puisi, esei, cerita pendek dan novel. Dilahirkan pada tahun 1952, Jamal memenangi banyak anugerah, termasuk Anugerah Loheh-Nur untuk Dokumentari Islam bagi Terbaik dari Tamadun Islam (1997) dari Republik Islam Iran, Hadiah Sastera untuk cerpen Yang, Hadiah Sastera (Kepujian) untuk Di Sebalik Fatamorgana dan Hikayat Hang Kulup, serta Anugerah Buku Kebangsaan dari Majlis Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura (NBDCS) untuk novel Songsang.

Tunjuk Langit (Pointing the Sky) Book Cover
NOVEL: Tunjuk Langit oleh Jamal Ismail
Penerbit: Unggun Creative, 2019

Novel, Tunjuk Langit, menceritakan kisah sekumpulan warga emas berbilang bangsa yang hidup di usia lanjut mereka di sebuah rumah kebajikan, Tunjuk Langit. Nama itu sendiri diilhamkan oleh satu siri pokok buah tunjuk langit, yang juga dikenali sebagai mahogany yang tumbuh di kawasan sekitar Choa Chu Kang. Walaupun rumah kebajikan ini adalah sebuah rekaan, namun ia mencerminkan realiti kehidupan yang mencabar, kadang-kadang lucu dan menyedihkan di kota Singapura. Apabila rumah kebajikan swasta ini terpaksa ditutup kerana kekurangan dana, beberapa orang penghuni istimewa lagi bijak yang merasa terhutang budi dengan kewujudannya, perlu mencari jalan untuk meneruskan operasinya dan memastikan rumah kebajikan itu tidak akan dirobohkan. Seorang watak istimewa, Habeb, terpaksa membuat aksi luar biasa, luar dari kotak fikiran lumrah untuk menarik perhatian dunia demi menyelamatkan rumah istimewa ini yang diamanahkan kepadanya oleh pemiliknya Jimmy, sahabatnya yang telah meninggal dunia.

Beli Buku

Jamal Ismail

Jamal Ismail , meneroka pelbagai genre penulisan, termasuk teater, radio dan skrip TV, puisi, esei, cerita pendek dan novel. Dilahirkan pada tahun 1952, Jamal memenangi banyak anugerah, termasuk Anugerah Loheh-Nur untuk Dokumentari Islam bagi Terbaik dari Tamadun Islam (1997) dari Republik Islam Iran, Hadiah Sastera untuk cerpen Yang, Hadiah Sastera (Kepujian) untuk Di Sebalik Fatamorgana dan Hikayat Hang Kulup, serta Anugerah Buku Kebangsaan dari Majlis Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura (NBDCS) untuk novel Songsang.

Tukang Tunjuk Telunjuk (Finger-Pointing Expert) Book Cover
SAJAK: Tukang Tunjuk Telunjuk oleh Farihan Bahron
Penerbit: Unggun Creative, 2017

Ditulis dari tahun 2000 hingga 2016, bait-bait kata dalam kumpulan puisi ini menyentuh pelbagai aspek kehidupan seorang anak muda yang mencari arah tuju, jati diri dan kompas moralnya. Koleksi 40 sajak ini diharap dapat menjernihkan pengertian tentang kehidupan di Kota Singa pada awal kurun ke-21. Sebilangan puisi dalam kumpulan Tukang Tunjuk Telunjuk telah memenangi berapa hadiah peraduan menulis puisi, termasuk Anugerah Pena Emas 2003 (Hadiah Kedua) dan Anugerah Pena Emas 2015 (Hadiah Pertama).

Beli Buku

Farihan Bahron

Farihan Bahron, penerima Anugerah Harapan 2017 pernah memenangi beberapa sayembara termasuk Peraduan Asah Bakat 1998 (Hadiah Pertama - Puisi), Anugerah Pena Bakti 2000 (Hadiah Ketiga - Puisi), Anugerah Pena Emas 2003 (Hadiah Kedua - Puisi), Anugerah Pena Emas 2015 (Hadiah Pertama - Puisi dan Cerpen), Mencari Kristal 2016 (Hadiah Ketiga - Cerpen), Pertandingan Puisi Nasional 2017 (Merit) dan Sayembara Puisi Kata-Pilar 2020 (Hadiah Utama). Tukang Tunjuk Telunjuk memenangi Hadiah Sastera Singapura 2018 (puisi Melayu) sementara kumpulan cerpennya, Kesumat Sang Avatar, menerima Hadiah Kepujian (fiksyen Melayu). Farihan juga aktif dalam penulisan seni kata Dikir Barat di Singapura sejak 1996 dan telah 14 kali menerima piala ‘Seni Kata Terbaik’.

Si Pencuri Ketawa – Kisah Di Dalam Taman Di Persisiran (The One Who Stole Laughter – A Tale from Gardens By The Bay)  Book Cover
SASTERA KANAK-KANAK: Si Pencuri Ketawa - Kisah Di Dalam Taman Di Persisiran oleh Rilla Melati Bahri
Penerbit: Mini Monsters, 2017

Si Pencuri Ketawa - Kisah Di Dalam Taman Di Persisiran adalah hasil tulisan Rilla Melati Bahri dan dilukis oleh Dionisius Kartalaksana. Buku yang sesuai untuk pembaca peringkat sekolah rendah ini menceritakan tentang makhluk-makhluk comel yang hanya setinggi tiga biji jambu bertingkat yang gemar berkawan dan bermain dengan kanak-kanak.

Beli Buku

Rilla Melati Bahri

Rilla Melati membina kandungan kreatif untuk bilik darjah dan juga televisyen. Beliau ialah seorang pendidik, pengarang, pengusaha, penghibur dan perintis program penyampaian dan drama Melayu di sekolah-sekolah di Singapura. Sebagai pengasas Mini Monsters, beliau berharap untuk membangkitkan semula minat dalam bahasa Melayu melalui bengkel dan penerbitan karya dwibahasa.

Objektif Anugerah Persuratan

Anugerah Persuratan dilaksanakan dengan objektif berikut:

  1. memberikan pengiktirafan kepada para penulis yang telah menghasilkan karya yang bermutu dan bernilai;
  2. meningkatkan dan memupuk perkembangan penulisan dalam kalangan penulis berbahasa Melayu; 
  3. menggalakkan penerbitan karya yang bermutu ; dan
  4. Memasyarakatkan bidang persuratan.

Anugerah YANG diberikan UNTUK ANUGERAH PERSURATAN

Anugerah Tun Seri Lanang*

Anugerah Tun Seri Lanang diperuntukkan kepada seorang tokoh persuratan yang memiliki nilai unggul sebagai:

  1. Tokoh seni yang ulung di mata masyarakat berbilang bangsa dan budaya Singapura;
  2. Tokoh antarabangsa melalui pengiktirafan karya besar mereka;
  3. Pejuang seni dalam erti kata menggunakan sebahagian besar usia dan kehidupan mereka untuk menyubur dan menyemarakkan bidang yang dihayati; atau
  4. Penyumbang dan pemaju pemikiran masyarakat dalam konteks pembangunan melalui karya mereka (dalam bentuk kreatif atau nonkreatif); dan
  5. Tokoh teladan yang menimba ilmu sepanjang hayat yang terus berusaha meningkatkan ilmu dalam bidang persuratan.

Anumerta Tun Seri Lanang*

Anumerta Tun Seri Lanang diberikan kepada tokoh persuratan yang telah meninggal dunia. Kriteria pemilihan tokoh sama seperti Anugerah Tun Seri Lanang. 

*Geran sejumlah $5,000 diberikan kepada sesiapa yang bertauliah dan ingin mengkaji ketokohan, keiltizaman, sumbangan, pemikiran, dan alam penulisan tokoh yang terpilih.

Anugerah Harapan

Anugerah Harapan diberikan kepada penulis di bawah usia 40 tahun yang menampakkan potensi dalam bidang persuratan sama ada:

  1. Menjadi teraju utama kepada usaha-usaha menggerakkan bidang persuratan; baik cerpen, sajak, novel, drama, karya bukan sastera dan sebagainya;
  2. Menggunakan masa untuk berkongsi ilmu dan kemahirannya dalam bidang persuratan kepada golongan muda atau pelajar; dan
  3. Menghasilkan karya yang memberikan isi dan nilai tambah dalam penulisan kreatif dan nonkreatif sama ada dalam bentuk media bercetak atau elektronik untuk memajukan pemikiran masyarakat.

Hadiah Persuratan 

Hadiah sastera diberikan kepada penulis dalam pelbagai genre seperti novel, cerpen dan puisi sebagai pengiktirafan atas keunggulan sastera mereka untuk karya mereka.

  1. Drama (untuk Pentas) – Skrip drama pentas, sama ada satu skrip atau kumpulan skrip, yang telah diterbitkan dalam tahun penilaian.
  2. Novel – Buku novel yang diterbitkan dalam tahun penilaian.
  3. Kumpulan/Antologi – Kumpulan’ bererti koleksi penulis perseorangan. ‘Antologi’ pula ialah koleksi karya bersama penulis yang lain. Sama ada kumpulan atau antologi, buku berkenaan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada dua pertiga karya-karya yang telah disiarkan dalam tempoh lima tahun (termasuk karya-karya yang diterbitkan dalam tahun penilaian). Buku tersebut juga masih boleh dinilai jika dimuatkan dengan karya-karya yang pernah memenangi Hadiah Sastera atau Hadiah Penghargaan yang lalu tetapi tidak boleh melebihi 10% daripada kandungan keseluruhan buku tersebut.
  4. Kajian – Buku kajian sastera atau kajian bukan sastera yang dikerjakan secara perseorangan atau kolektif yang diterbitkan dalam tahun penilaian.
  5. Sastera kanak-kanak merupakan kategori baru yang diperkenalkan pada tahun 2017.
Dianjurkan Oleh:
Majlis Bahasa Melayu Singapura
Diuruskan Oleh:
Singapore Book Council
Disokong Oleh:
National Arts CouncilNational Heritage BoardMinistry of Culture, Community and Youth